TENTANG POMODORO
Saya yakin yang kita ada masalah untuk memulakan suatu aktiviti atau tugasan. Bila dah mula, selesai. Kita boleh konsisten dan siapkan dalam tempoh masa yang panjang.
Nak mulakan? Susahnya rasa.
Antara satu teknik yang boleh digunakan adalah teknik pomodoro. Pomodoro ini diasakan oleh Francesco Cirillo pada penghujung tahun 1980. Antara cara untuk lakukan teknik pomodoro ini adalah dengan tetapkan satu aktiviti dengan tempoh 25 minit. Boleh gunakan jam di telefon atau pelbagai aplikasi yang ada fitur ini. Setelah 25 minit, anda rehat selama 5 minit.
Bangun dari tempat duduk, buat sedikit regangan, minum air mineral yang anda sediakan dari awal. 5 minit rehat tamat. Sambung semula aktiviti anda tadi daalam tempoh masa yang anda tetapkan. Habis sahaja, terus rehat 5 minit.
Setelah anda buat sebanyak 4 pusingan[25 minit aktiviti , 5 minit rehat x 4] anda boleh panjangkan tempoh masa rehat anda selama 10-15 minit. Ha, masa ini boleh ke dapur bancuh kopi, ke luar rumah hirup udara segar, atau solat sebentar.
Secara asasnya, inilah yang dikatakan sebagai teknik pomodoro. Cara ini sedikit sebanyak dapat bantu anda untuk konsisten melakukan sebarang tugasan. Buat tugasan pun dalam keadaan seronok sebab kita dah susun waktu rehat mikro kita.
Banyak aplikasi pomodoro yang saya sendiri pernah cuba dan sesetengah aplikasi. Ada yang seronok ada yang tidak. Boleh cuba mana-mana yang ada di Google Play atau App Store.
Yang penting, kerja mesti jalan. Selamat mencuba semua!
Ikuti Facebook dan Instagram Produktiviti MY untuk dapatkan tips produktiviti yang menarik.