MENGENAL APLIKASI : KALENDAR 101
Aplikasi kalendar merupakan sebuah aplikasi yang ada pada setiap telefon. Cumanya nak tanya adakah anda guna atau tidak aplikasi ini? Ha, bagi mereka yang tak tahu macam mana nak gunakan aplikasi ini, saya kongsikan cara-caranya.
1. Pilih satu aplikasi Mula-mula, anda pilih satu aplikasi yang anda nak guna. Kalau anda mahu guna Google, boleh GCal. Kalau Apple, boleh guna Apple calendar. Banyak lagi aplikasi kalendar yang ada. Pilih satu sahaja.
2. Time Blocking Gunakan konsep time blocking. Kebiasaanya kalendar akan paparkan petak mengikut waktu-waktu tertentu. Anda boleh tetapkan aktiviti atau kerja mengikut waktu yang anda susun. Dengan time blocking anda akan nampak tugasan yang anda perlu lakukan dalam sehari dengan lebih jelas.
3. Manfaatkan bahagian 'description' Anda boleh link meeting, gambar poster, sub tugasan yang perlu diselesaikan dalam bahagian desciption. Senang untuk anda tahu apa yang anda perlu buat. Satu tempat dan satu klik.
4. Jika anda rasa tugasan atau event anda itu umum untuk diletakkan di kalendar, gunakan aplikasi to do list untuk perincikan setiap sub tugasan. Gunakan konsep 'chunking the task' iaitu kecilkan skop tugas supaya anda tahu apa yang anda perlu lakukan.
Dapat sesuatu dari hantaran ini? Kongsikan bersama kawan anda.
Ikuti tips dan perkongsian pembangunan diri di Facebook dan Instagram Produktiviti MY