MEMBINA REHAT YANG PRODUKTIF
Rehat ini sesuatu perkara yang sangat diperlukan dalam kehidupan manusia. Setelah bekerja 5 atau 6 hari seminggu, kita perlu satu hari di mana kita berehat. Berehat ini bukan perkara yang sia-sia. Ia berfungsi untuk kita 'reset' semula perancangan dan minda kita untuk bekerja pada minggu yang seterusnya. Saya kongsikan 4 tips bagaimana anda boleh memaksimumkan rehat anda menjadi produktif!
1. Rancang rehat andaSekiranya anda berehat pada hari minggu atau anda ambil cuti pada hari bekerja, rancang sedikit aktiviti yang anda ingin buat pada hari rehat. Mungkin anda nak uruskan rumah di sebelah pagi, tengok movie di sebelah petang. Rancang sedikit supaya anda tahu apa yang anda nak buat.
2. Siapkan urusan kerja sebelum rehat Kalau boleh, siapkan semua kerja anda sebelum anda rehat. Jika anda cuti pada sabtu dan ahad, siapkanlah kerja yang perlu disiapkan pada hari jumaat. Kalau betul-betul tak mampu nak siapkan, usahakan untuk dirancang pada minggu depan.
3. Luangkan masa rehat anda dengan keluarga - insan tersayang Waktu lapang ini sangat berharga bukan? Sebaiknya luangkan masa yang ada itu dengan insan-insan tersayang. Jiwa pun jadi lebih tenang. Kita pun lebih bersemangat untuk buat kerja pada minggu seterusnya.
4. Katakan 'TIDAK' pada kerja yang menggangu cuti andaKalau boleh, kalau ya. Kalau boleh, elakkan dan katakan tidak untuk urusan kerja pada waktu cuti ini. Nak bagi tips yang ini saya pun tak reti. Cuma nak kata, pandai-pandai lah.
Ikuti tips dan perkongsian pembangunan diri di Facebook dan Instagram Produktiviti MY