BERTOLERANSI DENGAN KEGAGALAN

BERTOLERANSI DENGAN KEGAGALAN
Photo by CHUTTERSNAP / Unsplash

Sempena dengan tahun baru, kita yakin setiap dari kita mungkin mempunyai 1001 azam yang ingin dicapai. Meskipun tidak dicatat di ruangan media sosial atau kertas, akan terdetik jua di dalam diri apa yang harus kita kecapi di hujung Disember kelak.

Ubahlah nama dari azam ke impian mahupun cita-cita, ia tetap sebuah pengharapan menjadikan tahun 2024 anda suatu tahun yang bermakna.

Namun, ada suatu ruang yang mungkin kita tidak benarkan sepanjang 2024 ini berlaku iaitu ruang kegagalan. Amat mustahil untuk kita mengharapkan dan mendambakan ia datang dalam episod bulan-bulan yang mendatang. Menuju penghujung tahun nanti, kita pasti dan mesti akan melalui atas dan bawah, hitam dan putih kehidupan.

Ia pasti.

Tidak usah takut dengan kegagalan. Hanya perlu beri sedikit ruang untuk kita terima serta lakukan penambahbaikan.

Dengan gagal, kita sentiasa bertoleransi dengan setiap kekurangan yang kita ada. Kita sentiasa kuat untuk lawan halangan seterusnya.

Maju semua untuk 2024, semoga berjaya!

Upaya Mengatasi Masa

Produktiviti MY