4 PERKARA WAJIB ANDA BUAT DI USIA 20an

4 PERKARA WAJIB ANDA BUAT DI USIA 20an
Photo by Katarzyna Grabowska / Unsplash

Ada 4 perkara yang wajib diambil perhatian bagi kawan-kawan yang masih di usia 20an jika mahu berjaya. Oh ya, jika panjang boleh baca bahagian yang anda mahu sahaja.

  1. KERJAYA

Usahakan untuk memperbaiki perkembangan kerjaya anda. Mungkin ada di antara kita yang sedang buat dua tiga 'side income'. Cuba usahakan pengalaman ini supaya anda dapat apa yang anda di fasa umur seterusnya. Bagi mereka yang ingin menambah kemahiran, inilah waktu dan masa yang sesuai.

  1. KESIHATAN

Waktu muda begini, kesihatan satu aset yang penting. Kena hargai dan kena jaga dengan sungguh-sungguh. Amalkan pemakanan yang sihat. Amalkan senaman 30 minit sehari atau 3 kali seminggu. Banyak sangat gaya senaman yang kita boleh cuba. Boleh cari sahaja di mana-mana media sosial.

  1. KEWANGAN

Usia begini kewangan sangat penting. Masa ini bukanlah masa untuk berseronok semata, bukan? Jadi, ambil masa sedikit untuk tahu dan belajar tentang pengurusan kewangan. Duduk scroll media sosial pun dah boleh dapat ilmu begini. Disiplin dalam kewangan mesti kena ada. Itu yang penting.

  1. HUBUNGAN

Waktu begini, waktu yang terbaik untuk belajar tentang bagaimana untuk memperbaiki hubungan. Samada keluarga, suami isteri, kawan, rakan bisnes dan sebagainya. Tetap perlu belajar sedikit sebanyak bagaiman untuk jaga hubungan begini.

Duduklah di kalangan orang-orang yang dapat memberikan anda satu ruang yang positif di mana anda dapat berbicara dan berkongsi pandangan anda dengan senang. Ruang positif begini dapat membantu anda untuk belajar sesuatu perkara baru dan maksimumkan potensi diri anda ke tahap seterusnya.

Dapat sesuatu dari perkongsian ini?

Kongsi-kongsikan pada teman anda.

Ikuti juga perkongsian pembangunan diri yang lain di Facebook & Instagram Produktiviti MY.